Sila log masuk terlebih dahulu.

1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta

A
A
A

BERITA SEMASA 9 JUN 2023

Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan, tindakan pelucuthakan harta itu membabitkan wang tunai, wang dan faedah dalam akaun bank serta 40 beg tangan pelbagai jenama.

Katanya, ia merangkumi harta disita PDRM dan SPRM dengan wang berjumlah lebih RM83 juta itu sudah dimasukkan dalam dua akaun milik kerajaan.

Setakat ini, harta yang berjaya dilucut hak kepada kerajaan adalah wang tunai serta wang dan faedah dalam akaun bank berjumlah kira-kira RM66.96 juta oleh PDRM dan RM16.06 juta oleh SPRM.

Selain itu, 40 beg tangan pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng yang bertanyakan jumlah dan jenis aset hasil daripada penyelewengan dana 1MDB yang berjaya dilucuthakkan oleh kerajaan.

Datuk Seri Azalina turut memaklumkan, wang berjumlah lebih kurang RM16.06 juta yang disita oleh SPRM dimasukkan ke dalam akaun hasil kerajaan manakala 40 buah beg tangan yang telah dilucut hak masih dalam proses untuk dilelong.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/262563/berita/nasional/1mdb-kerajaan-sita-lucut-hak-harta-lebih-rm83-juta

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian