PRU15: Beza pandangan jumlah kerusi bukan tak sehaluan - Anwar

Anwar (kanan) berucap ketika mengadakan pertemuan dengan dengan petani pekebun limau bali di Jalan Ampang-Tambun, di sini pada Rabu.
Anwar (kanan) berucap ketika mengadakan pertemuan dengan dengan petani pekebun limau bali di Jalan Ampang-Tambun, di sini pada Rabu.
A
A
A

IPOH - Perbezaan pandangan mengenai jumlah sasaran kerusi Parlimen yang perlu dimenangi Pakatan Harapan (PH) bukan bermaksud pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak sehaluan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbezaan kenyataan antara beliau dan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung perkara itu bagi memastikan jentera bekerja keras memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, perkara itu bukan isu besar seperti digambarkan pemimpin lawan kononnya mereka tidak sehaluan.

Konteks ucapan rafizi itu, dia kata antara 80 sampai 100 kerusi sebab dia tak mahu orang selesa.

"Dia (Rafizi) bincang dengan saya, dia buat pandangan macam itu supaya push orang kita menambah 10 hingga 15 kerusi lagi supaya kita dapat simple majoriti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan petani pekebun limau bali di Jalan Ampang-Tambun, di sini pada Rabu.

Menurutnya, penjelasan tersebut sekali gus menafikan dakwaan Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa berlaku pergeseran antara dua pemimpin utama PKR itu.

Anwar berkata, sebaliknya UMNO ketika ini yang sedang bergolak apabila terdapat tiga calon perdana menteri daripada parti itu.

"Hishamuddin dia kata, ini sudah laga Anwar dengan Rafizi, dia ingat ini UMNO..UMNO memang perdana menteri dia belum tentu lagi, sekarang sudah ada tiga. Mula-mula, Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sekarang Khairy Jamaluddin pun masuk, dia calon diri dia sendiri.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kita tidak begitu, soal pimpinan, soal calon perdana menteri itu konsensus, tetapi bila Rafizi kemukakan berdasarkan survey dan pandangan dia dan kita kena ambil kira," katanya.

Pada Isnin, Hishammuddin mendakwa Rafizi dan Anwar tiada persefahaman apabila wujud perbezaan jangkaan antara kedua-dua ahli politik tersebut berhubung jumlah kerusi yang boleh dimenangi PH pada PRU15.

Rafizi bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.