Sultan Johor terima menghadap Perdana Menteri

Sultan Ibrahim menerima menghadap Ismail Sabri di Johor Bahru pada Rabu.
Sultan Ibrahim menerima menghadap Ismail Sabri di Johor Bahru pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan ke negeri ini dengan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Johor Bahru pada Rabu.

Menerusi muat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut berangkat pada pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Johor Bahru hari ini," katanya.

Ismail Sabri dijadualkan bertemu warga Ayer Hitam pada satu majlis ramah mesra di Dewan Terbuka Taman Suria Ros pada jam 2.30 petang.

Artikel Berkaitan: