[VIDEO] Tiga calon Putrajaya bertembung di pasar malam

Dari kiri, Mohd Radzi, Mohd Rosli Tengku Adnan bertembung ketika berkempen di pasar malam Presint 2, di sini pada Selasa.
Dari kiri, Mohd Radzi, Mohd Rosli Tengku Adnan bertembung ketika berkempen di pasar malam Presint 2, di sini pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiga calon Parlimen Putrajaya bertembung di gelanggang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila masing-masing turun padang mendekati pengundi di pasar malam Presint 2 pada Selasa.

Meskipun hujan, ketiga-tiga mereka, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN) dan Datuk Mohd Rosli Ramli (Pejuang) mengambil inisiatif menyapa peniaga dan pengunjung.

Selain itu, peluang untuk mengedarkan risalah parti turut direbut ketika mendekati pengundi.

Ketika sedang beramah mesra, Tengku Adnan, Mohd Radzi dan Mohd Rosli bertembung dan bersalaman serta bertanya khabar.

Berdasarkan jadual, calon PH, Dr Noraishah Mydin Abd Aziz sepatutnya turut berkempen di pasar malam namun dibatalkan pada saat akhir atas alasan kecemasan.

Putrajaya menyaksikan pencalonan enam penjuru termasuk dua bebas iaitu Lim Fice Bee dan Samsudin Mohamad Fauzi.

Artikel Berkaitan: