Skuad B-16 berkelana di Qatar

Skuad B-16 berjaya layak secara merit ke Piala Asia B-17 selepas bergelar juara kumpulan B.
Skuad B-16 berjaya layak secara merit ke Piala Asia B-17 selepas bergelar juara kumpulan B.
A
A
A

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) tampak serius untuk memastikan skuad bawah-16 (B-16) mengaum di pentas Piala Asia Bawah 17 tahun (B-17) yang berlangsung tahun depan apabila bakal dihantar berkelana di bumi Qatar pada Februari tahun hadapan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, latihan intensif di luar negara itu cukup penting bagi pemain muda dalam memastikan mereka dapat mengekalkan momentum untuk mengharungi kejohanan tersebut.

"Kita merancang untuk mengadakan latihan intensif kerana kita lihat pasukan ini mencapai keputusan membanggakan dengan layak ke Piala Asia B-17.

"Jadi kita harap pasukan ini boleh pergi lebih jauh selepas ini dan secara dasarnya, kita bersetuju untuk menghantar mereka ke Qatar bagi tempoh hampir sebulan bermula Februari nanti," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman turut memberi jaminan bahawa badan induk bola sepak Malaysia itu akan mengekalkan khidmat Osmera mengemudi pasukan negara mengharungi kejohanan tersebut.

“Untuk Osmera, dia sudah membawa kita ke pusingan akhir jadi kita akan kekalkan khidmat beliau,”ujarnya.

Untuk rekod,skuad bimbingan Osmera itu mengesahkan tiket ke Piala Asia B-17 selepas berada di tempat pertama Kumpulan B menerusi rekod tanpa kalah.

Pada kempen kelayakan di Indonesia itu, mereka membuka kempen dengan membelasah Palestin 4-0 sebelum dikejutkan apabila terikat 1-1 menentang Guam.

Artikel Berkaitan:

Mereka kemudiannya meraih kemenangan 3-2 ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan membelasah Indonesia 5-1 pada aksi penentuan juara kumpulan.