Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. - Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. - Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula esok hingga Jumaat ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, kawasan terlibat adalah seluruh Kelantan dan Terengganu, manakala di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin, sementara di Johor membabitkan Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

"Penumpuan angin timur laut dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan: