Shamsul Iskandar bawa Anwar ke Bagan Datuk

Shamsul Iskandar ketika berucap dalam ceramah perdana di Arena Bagan Pasir malam tadi.
Shamsul Iskandar ketika berucap dalam ceramah perdana di Arena Bagan Pasir malam tadi.
A
A
A

BAGAN DATUK - Calon ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, akan membawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi memberi kefahaman kepada pengundi di kawasan itu.

Katanya, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke juga akan dipanggil membantu gerak kempen di kawasan pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Minggu depan kita akan bawa Anwar Ibrahim datang ke Bagan Datuk. Kita akan cari tempat yang besar dan luas, kita akan gerakkan 10,000 ke 20,000 orang untuk datang.

"Kita dengar betul-betul dari presiden dan bakal perdana menteri. Kali ini jika PH menang 112 kerusi Parlimen termasuk salah satunya adalah Bagan Datuk. Kita akan lantik sebagai Anwar sebagai perdana menteri.

"Saya tahu bukan mudah pakcik, makcik dan orang lama nak beralih arah tetapi kali ini cukup. Bak kata penyanyi saudara Shidee, "Sayang semuanya sudah terlambat". Kita harus nyanyikan kat Zahid Hamidi," katanya.

Lebih 200 penyokong Pakatan Harapan (PH) dianggarkan hadir bagi mendengar siri ceramah perdana yang diadakan di Arena Bagan Pasir di sini, malam tadi

Hadir sama, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, calon DUN Hutan Melintang, S Wasanthee dan calon DUN Rungkup, Ahmad Munzirie Ahmad Kabir.

Tambah Shamsul Iskandar, beliau tidak mahu lagi pilihan raya diadakan seandainya penyandang ahli Parlimen, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan kes mahkamah dijatuhkan hukuman.

Artikel Berkaitan:

"Itu kita tak mahu. Saya mahu beliau tumpu kepada kesnya. Yang ini bagi kita uruskan," katanya.