Selangor lega bawa dua gol ke Paroi

Pemain NSFC, Zaquan Adha (kiri) cuba melepasi kawalan Sharul Nazeem pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Petaling Jaya pada Ahad. - Foto FB Selangor FC
Pemain NSFC, Zaquan Adha (kiri) cuba melepasi kawalan Sharul Nazeem pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Petaling Jaya pada Ahad. - Foto FB Selangor FC
A
A
A

SELANGOR FC dalam di landasan terbaik untuk memburu kejuaraan ke-34 Piala Malaysia setelah menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-0 pada aksi suku akhir pertama sebentar tadi.

Berbekal dua jaringan dilihat selesa buat skuad bimbingan Tan Cheng Hoe apabila bertandang ke Paroi hujung minggu nanti, namun aksi kedua masih berbaki 90 minit buat NSFC bangkit.

Beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) skuad Gergasi Merah bermula garang apabila mengasak bertali arus ke kubu pasukan lawan.

Memiliki deretan peluang, namun skuad kendalian K. Devan ampuh bertahan selain ketangkasan Ahmad Syihan Hazmi di gawang wajar dipuji.

Menuju ke penghujung babak pertama, pasukan tuan rumah masih buntu, ketika NSFC sekali-kala mengancam benteng pasukan tuan rumah, namun keputusan terikat tanpa jaringan.

Memasuki separuh masa kedua, rentak perlawanan mula berubah.

Kesilapan pemain pertahanan NSFC, Herold Goulon menolak Sharul Nazeem Zulpakar membawa padah apabila Selangor FC diberikan sepakan penalti.

Malah lebih malang, Goulon dilayangkan kad merah dan diperintahkan keluar padang.

Artikel Berkaitan:

Kesempatan sepakan penalti itu disempurnakan dengan baik oleh Herlison Caion pada minit ke-56, biarpun hampir diselamatkan oleh Syihan.

Beraksi 10 pemain, NSFC menukar taktikal perlawanan apabila mengukuhkan benteng pertahanan.

Bagaimanapun strategi itu tidak menjadi apabila pemain gantian, Aliff Haiqal Lokman Hakim menyumbat gol kedua menuju ke minit-minit akhir perlawanan.