TMJ nafi hantaran 'UMNO is full of garbage'

Hantaran palsu yang tersebar dalam media sosial ketika ini memaparkan TMJ dengan ayat 'UMNO is full of garbage'.
Hantaran palsu yang tersebar dalam media sosial ketika ini memaparkan TMJ dengan ayat 'UMNO is full of garbage'.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan ada mengeluarkan kenyataan 'UMNO is full of garbage' seperti yang tersebar dalam media sosial ketika ini.

Tunku Ismail menerusi entri terbaharu dalam Facebook HRH Crown Prince pada Ahad bertitah, baginda tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu.

"Ini adalah satu kenyataan palsu disebarkan secara berterusan pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.

"Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini," titah baginda.

Tunku Mahkota Johor bertitah, semua kenyataan atau laporan berita berkaitan baginda ataupun keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan Royal Press Office atau laman sosial rasmi baginda sahaja.

Artikel Berkaitan: