Bayi, antara enam individu cedera kenderaan dihempap pokok

Antara kenderaan yang terlibat dalam kejadian di hadapan Maybank Jalan Mahkota, Cheras di sini pada Ahad.
Antara kenderaan yang terlibat dalam kejadian di hadapan Maybank Jalan Mahkota, Cheras di sini pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat beranak termasuk seorang bayi antara enam individu cedera apabila kereta dinaiki mereka serta tiga lagi kenderaan lain dihempap pokok dalam kejadian di hadapan Maybank Jalan Mahkota, Cheras di sini pada Ahad.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan mengenai kejadian pada jam 4.07 petang.

"Seramai 18 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Anggota bomba yang tiba pada jam 4.18 petang mendapati terdapat tiga kereta dan sebuah motosikal terlibat dalam kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, kesemua kenderaan telah dihempap pokok susulan hujan lebat dan angin kencang.

Antara kenderaan yang terlibat dalam kejadian di hadapan Maybank Jalan Mahkota, Cheras di sini pada Ahad.
Antara kenderaan yang terlibat dalam kejadian di hadapan Maybank Jalan Mahkota, Cheras di sini pada Ahad.

"Antara mangsa terlibat adalah pasangan warga emas berumur 60 dan 70 tahun, individu lelaki dan wanita masing-masing berumur lingkungan 30an, seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun dan seorang bayi berumur dua tahun.

"Mangsa yang terlibat telah dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, usaha untuk memotong pokok dijalankan pihaknya bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.