PRU15: Muhammad Kamil mahu bersaing secara sihat

No Image Caption
A
A
A

KUALA KANGSAR - Calon Parlimen Padang Rengas Muhammad Kamil Abdul Munim menghormati gurunya Mohamad Azir Ismail dari Barisan Nasional (BN) yang bertanding di Dewan Undangan Negeri DUN) Lubok Merbau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Calon Pakatan Harapan itu berkata, walaupun berbeza fahaman politik tetapi beliau mahu bersaing secara sihat.

"Saya merupakan anak didik Cikgu Mohamad Azir yang melatih saya menjadi pendebat dan syarahan semasa belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mercu, Kuala Kangsar.

"Dia melatih pendebat di sekolah dan kerana itu saya mengenalinya seorang guru yang berkebolehan serta mengajar mata pelajaran Pengajian Am di Tingkatan Enam," katanya ketika ditemui di Kota Lama Kiri pada Ahad.

Muhammad Kamil akan berhadapan dengan calon BN, Datuk Mohd Ariff Abdul Majid dan calon Perikatan Nasional (PN) Kapten Azahari Hasan pada PRU15.

Beliau berkata, walaupun berkongsi pertandingan di Parlimen yang sama tetapi beliau masih rapat dengannya.

Katanya, beliau mempunyai visi dan fokas kepada sektor pertanian yang boleh dimajukan di kawasan Padang Rengas kerana masih tidak berubah sejak 20 hingga 25 tahun.

"Saya ingin fokus kepada sektor pertanian kerana kawasan ini mempunyai tanah yang boleh dimajukan menjadi sebuah hab pertanian membabitkan kawasan 60 ekar.

Artikel Berkaitan:

"Sebelum ini ada cadangan untuk mewujudkan sebuah institut kemahiran berasaskan pertanian dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar tetapi tidak menjadi kenyataan," jelas beliau.

Selain itu, beliau turut berazam untuk mewujudkan sektor agrotourism bagi memberi peluang pekerjaan kepada anak muda di kawasan terbabit..

Muhammad Kamil yakin dalam pertandingan PRU15 ini rakyat boleh menilai pemimpin dan tidak bergantung kepada aura pemimpin yang terdahulu untuk mencapai kemenangan.