Korea Utara lancar empat peluru berpandu jarak dekat

Korea Utara melancarkan empat peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Kuning.
Korea Utara melancarkan empat peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Kuning.
A
A
A

SEOUL - Korea Utara melancarkan empat peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Kuning pada Sabtu, lapor Sputnik memetik agensi berita Yonhap.

Peluru berpandu itu dilancarkan kira-kira jam 11.32-11.59 pagi waktu tempatan (02:32-02:59 GMT) ke arah Laut Kuning dari Tongrim di Wilayah Pyongan Utara.

Pelancaran peluru berpandu itu meliputi jarak sekitar 130 kilometer (80.8 batu) dengan altitud 20 kilometer dan mencapai kelajuan maksimum Mach 5.

Pada 2022, Pyongyang telah melancarkan 33 ujian peluru berpandu.

Pada Rabu, Korea Utara melancarkan lebih 20 projektil, satu daripadanya jatuh berhampiran perairan wilayah Korea Selatan manakala trajektori disahkan menghala ke Selatan buat kali pertama sejak Perang Korea.

Pyongyang memaklumkam ia sebagai tindak balas terhadap "provokasi" Korea Selatan termasuk latihan bersama dengan negara luar baru-baru ini.- Bernama

Artikel Berkaitan: