Muhyiddin sedia bantu pentadbiran Johor

Muhyiddin mengadakan lawatan kerja rasmi ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Stesen Udara Maritim Subang hari ini.
Muhyiddin mengadakan lawatan kerja rasmi ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Stesen Udara Maritim Subang hari ini.
A
A
A

SUBANG - Desas-desus mengenai jawatan Menteri Besar Johor akan disandang oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan tidak wajar.

Muhyiddin berkata, walaupun pernah memegang tampuk pentadbiran Johor sebelum ini, namun tidak wajar baginya untuk menjawat jawatan itu semula.

Presiden Bersatu itu secara berseloroh berkata, umurnya sudah terlalu tua untuk menjawat jawatan tersebut.

Bagaimanapun, Muhyiddin sedia membantu membantu mana-mana wakil rakyat yang dilantik menjadi menteri besar baharu untuk mentadbir Johor lebih maju.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan pihak pembangkang kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan adalah tidak tepat.

No Image Caption

"Cadangan itu hanya boleh dilakukan oleh PH selaku kerajaan negeri dan bukannya dilakukan pihak pembangkang.

"Kita mempunyai majoriti kerusi DUN yang lebih besar daripada pembangkang, dan keadaan di Johor juga stabil tanpa sebarang isu serius,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Stesen Udara Maritim Subang hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin berkata sukar untuk memahami apakah tujan pembangkang hingga mengambil pendekatan sedemikian.

"Mungkin mereka tidak sanggup bersabar menunggu PRU15," katanya