Mat Sabu jawab dakwaan video tular maki wanita

Mohamad (tengah) bersama penyokong PH hadir di Dewan MBSA Kemuning Utama ketika proses penamaan calon, pagi Sabtu.
Mohamad (tengah) bersama penyokong PH hadir di Dewan MBSA Kemuning Utama ketika proses penamaan calon, pagi Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu menyangkal sebuah video tular yang mendakwanya memaki seorang wanita di hadapan Dewan MBSA Kemuning Utama ketika proses penamaan calon berlangsung pagi Sabtu.

Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, kejadian berlaku ketika beliau sedang melalui kumpulan penyokong BN.

Saya berjalan terus (hingga) sampai ke tempat penyokong PH berkumpul. Lebih kurang 15 minit saya berpatah balik kerana pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis ingin bertemu dengan calon-calon.

“Sekali lagi saya melintasi kawasan BN dan saya dimaki oleh penyokong-penyokong mereka, saya menjawab balik hanya satu perkataan iaitu ‘Najib duk (duduk) dalam jel (penjara),” katanya bagi menjawab video tular tersebut.

Katanya lagi, dakwaan mengatakan beliau memaki seorang wanita adalah tidak benar kerana beliau hanya mendengar suara lelaki sahaja ketika provokasi itu berlaku.

“Saya tidak sebut (dan) tuju kepada sesiapa. Fitnah biasalah, mereka kata saya maki perempuan, yang saya dengar maki saya tadi adalah lelaki,” katanya.

Sebelum itu tular sebuah video berdurasi lapan saat menunjukkan Mohamad menjerit sesuatu kepada kelompok penyokong BN.

Dalam video tersebut juga kelihatan Mohamad dikelilingi oleh anggota polis.

Artikel Berkaitan: