Pencalonan GTA di DUN Pulau Manis ditolak SPR

Calon yang bertanding di Parlimen Pekan pada PRU15 (dari kiri) Mohd Fadhil Noor, Mohammad Radhi, Tengku Zainul Hisham, Mohd Naim dan Sh Mohamed Puzi.
Calon yang bertanding di Parlimen Pekan pada PRU15 (dari kiri) Mohd Fadhil Noor, Mohammad Radhi, Tengku Zainul Hisham, Mohd Naim dan Sh Mohamed Puzi.
A
A
A

PEKAN - Borang penamaan calon Gabungan Tanah Air (GTA) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu.

Penolakan borang pencalonan Datuk Mohammad Radhi Abdul Razak diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pekan, Datuk Zaliza Zulkifli ketika mengumumkan senarai akhir calon yang bertanding bagi kerusi DUN berkenaan.

Bagaimanapun, Mohammad Radhi yang turut mengemukakan borang pencalonan untuk Parlimen Pekan layak untuk bertanding di kerusi itu.

Beliau bakal berdepan persaingan lima penjuru antara calon BN, Datuk Seri Sh Mohamed Fuzi Sh Ali, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (PN), Mohd Naim Zainal Abdidin (PH) dan Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin (Bebas).

Kerusi DUN Pulau Manis menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandang, Datuk Khairuddin Mahmud (BN), Mohammad Rafiq Khan Ahmad Khan (PN) dan Khairil Khalid (PH).


Calon Bebas antara bertanding di kerusi Parlimen Maran

MARAN - Kerusi Parlimen Maran menyaksikan pertandingan empat penjuru termasuk seorang calon Bebas bagi Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15).

Saingan melibatkan calon Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), calon Pakatan Harapan (PH), Ahmad Shuhor Awang dan Muhamad Hafiz Ishak(Bebas).

Artikel Berkaitan:

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luit, pertandingan tiga penjuru melibatkan calon BN, Jamaluddin Md. Marzuki, calon PN, Mohd Sofian Abd Jalil dan Mohd Afandi Abd. Rani(PH).

DUN Kuala Sentul melihatkan persaingan tiga penjuru iaitu Mohd Khairuddin Mohd Ali Hanafiah daripada BN, calon PN diwakili Jasri Jamaludin dan calon PH, Amran Tahir.

Kerusi DUN Chenor pula menampilkan pertembungan tiga penjuru iaitu calon PH, Nor Hisham Mohd Sukie, Saiful Anuar Mokhtar daripada BN dan calon PN diwakili penyandang kerusi itu, Mujibur Rahman Ishak.

Semua pengumuman calon terlibat dilakukan oleh Pegawai Pengurus Parlimen Maran yang juga Pegawai Daerah Maran, Datuk Sharuddin Jali kira-kira jam 12.30 tengahari.

Walaupun kem penyokong berbalas sokongan dengan slogan masing-masing, suasana penamaan calon di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini sejak pukul 9 pagi sehingga tamat pada pukul dilihat tenang dan terkawal tanpa sebarang provokasi.