Mumtaz tidak gentar lawan Che Abdullah

Mumtaz (kiri) bersama jentera PN Tumpat semasa penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat pada Sabtu.
Mumtaz (kiri) bersama jentera PN Tumpat semasa penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat pada Sabtu.
A
A
A

TUMPAT - Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi tidak gentar berdepan bekas penyandang kerusi Parlimen tersebut, Datuk Che Abdullah Mat Nawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit berkata, pertembungan dengan Che Abdullah bukan atas dasar individu sebaliknya parti.

"Dalam peperangan kita akan lihat kepada bendera yang dibawa, jadi tiada isu Pas lawan Pas kerana beliau (Che Abdullah) bertanding atas tiket lain (BN).

"Saya bawa mandat yang berbeza begitu juga dengan calon-calon parti lain. Saya yakin rakyat akan membuat penilaian terbaik siapa yang akan dipilih nanti," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui pada penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini, pada Sabtu.

Menurut beliau, pertembungan lima penjuru itu dilihat cukup sesuai dengan kepadatan penduduk di kawasan Tumpat.

Katanya, Pas sudah 'masak' berdepan dengan cabaran PRU dan beliau akan memberikan perkhidmatan terbaik jika dipilih menjadi Ahli Parlimen.

Pada PRU14, Che Abdullah menewaskan calon BN dan PKR dengan majoriti 17,500 undi.

Che Abdullah mendapat 47,041 undi manakala Datuk Wan Johani Wan Hussin (BN) memperoleh 29,541 undi dan Datuk Nordin Salleh (PKR) hilang deposit selepas meraih 10,003 undi.

Artikel Berkaitan: