Ronald Kiandee 'langgar' BN di Beluran, tanding tiket PN

Ronald (tengah) disambut penyokong PN ketika penamaan calon di Dewan Serbagunan Majlis Daerah Beluran pada Sabtu.
Ronald (tengah) disambut penyokong PN ketika penamaan calon di Dewan Serbagunan Majlis Daerah Beluran pada Sabtu.
A
A
A

BELURAN - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sah bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Beluran di bawah tiket Perikatan Nasional (PN).

Beliau sebelum ini digugurkan daripada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-BN membuat kemunculan mengejut dengan mencabar calon yang diketengahkan gabungan tersebut.

Katanya, beliau sekali lagi menawarkan diri bagi Parlimen Beluran untuk mengangkat agenda pembangunan supaya berterusan.

"Saya akan bertanding atas tiket PN parti yang dianggotai oleh beberapa buah parti di peringkat nasional dan juga peringkat negeri. Ini merupakan satu platform yang terbaik bagi mengangkat aspirasi Beluran di peringkat nasional.

"GRS merupakan komponen beberapa buah parti termasuk Bersatu dan saya juga merupakan anggota ahli parti Bersatu, di peringkat negeri GRS merupakan komponen dan GRS adalah merupakan parti gabungan yang dibentuk di bawah aspirasi PN.

"Jadi parti-parti PN adalah merupakan antara parti GRS dan Bersatu yang merupakan anggota kepada PN di peringkat nasional. Jadi itu kedudukan PN dan juga GRS," jelasnya kepada pemberita selepas penamaan calon di Dewan serbaguna majlis daerah Beluran, di sini pada Sabtu.

Ditanya lebih lanjut, beliau memaklumkan bahawa masih sebagai anggota GRS di peringkat nasional dan GRS sebahagian daripada PN.

Sementara itu, Parlimen Beluran bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru dan calonnya ialah Benedict Asmat (BN-UMNO), Rowiena Rasid (Warisan), Hausing Samsudin @Sudin (Pejuang), Ronald (PN-Bersatu) dan Felix Joseph Saang (PH-UPKO).

Artikel Berkaitan:

GRS dan BN sebelum ini sudah memuktamadkan akan bekerjasama dalam PRU15 dan membuat pembahagian kerusi secara sama mengikut formula yang telah dipersetujui.