Timbalan Mursyidul Am Pas hadir beri sokongan pada Mumtaz

Ahmad (tiga dari kiri) hadir sama menyertai jentera PN Tumpat memberi sokongan pada Mumtaz di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat pada Sabtu.
Ahmad (tiga dari kiri) hadir sama menyertai jentera PN Tumpat memberi sokongan pada Mumtaz di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat pada Sabtu.
A
A
A

TUMPAT - Timbalan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hadir sama menyertai jentera Perikatan Nasional (PN) Tumpat di pusat penamaan calon yang diadakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini pada Sabtu.

Beliau yang bertongkat hadir memberikan sokongan kepada calon Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Mat Nawi.

Lebih 450 jentera Pas Tumpat hadir seawal jam 8 pagi bagi memberikan semangat kepada calon PN yang diwakili parti Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Hadir sama ialah suami Mumtaz, Mohd Sukiman Yasin yang berkerusi roda untuk memberi sokongan kepada isteri tercinta.

Mumtaz hadir dengan diiringi selawat dan laungan takbir oleh jentera sepanjang perarakan.


Artikel Berkaitan: