Tujuh calon masuk pusat penamaan Parlimen Sungai Buloh

Para penyokong BN yang membawa sepanduk parti mula berarak menuju ke Pusat Penamaan Calon Parlimen P107 Sungai Buloh sempena PRU15 hari ini. Foto Bernama
Para penyokong BN yang membawa sepanduk parti mula berarak menuju ke Pusat Penamaan Calon Parlimen P107 Sungai Buloh sempena PRU15 hari ini. Foto Bernama
A
A
A

SUNGAI BULOH - Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru selepas tujuh calon dilihat memasuki Pusat Penamaan Calon P107 Sungai Buloh di Dewan Kenanga, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, di sini, pagi ini.

Kesemua calon dilihat bersama seorang pencadang dan penyokong memasuki pusat penamaan calon sambil melambai-lambai kepada penyokong mereka.

Lima calon yang hadir merupakan calon daripada parti iaitu BN, Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Gerakan Tanah Air (GTA) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), manakala baki tiga lagi merupakan calon bebas.

Sehingga jam 9.20 pagi tadi empat calon daripada GTA Mohd Akmal Mohd Yusof, PN Mohd. Ghazali Md Hamin, PH Datuk R. Ramanan dan BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah memasuki dewan bersama pencadang dan penyokong mereka.

Pada PRU14 dalam persaingan di P.107 Sungai Buloh, Sivarasa meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah dari Pas yang memperoleh 16,977 undi, A.Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam dari PSM (642).

Artikel Berkaitan: