Simulasi cerun, gua uji kecekapan pasukan elit

Pasukan penyelamat membawa keluar mangsa yang cedera dalam simulasi penyelamatan cerun dan gua di Gua Tempurung, Goepng.
Pasukan penyelamat membawa keluar mangsa yang cedera dalam simulasi penyelamatan cerun dan gua di Gua Tempurung, Goepng.
A
A
A

GOPENG - Kecekapan dan kepantasan sekumpulan anggota pasukan elit negara berjaya menyelamatkan 10 pelancong yang terkandas dalam runtuhan struktur di Gua Tempurung di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian sekitar jam 12 tengah malam itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa dan kesemua mangsa yang berjaya dikeluarkan hanya mengalami kecederaan.

Bagaimanapun insiden tersebut hanyalah simulasi penyelamatan cerun dan gua dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan anggota pasukan elit negara dalam menghadapi kemalangan dan bencana Monsun Timur Laut.

Meor Ismail (dua dari kanan) mendengar taklimat mengenai operasi menyelamat di Gua Tempurung, Gopeng.
Meor Ismail (dua dari kanan) mendengar taklimat mengenai operasi menyelamat di Gua Tempurung, Gopeng.

Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pelaksanaan Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Meor Ismail Meor Akim berkata, simulasi melibatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) Bomba dan Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) itu merupakan persediaan anggota serta aset jabatan.

"Kita melaksanakan pelbagai jenis simulasi antaranya banjir, bencana di terowong, empangan dan runtuhan bangunan sebagai sebahagian persediaan pasukan.

"Senario ini membantu kita menguji peralatan seperti alat pengesanan selain cabaran pasukan berhadapan haiwan berbisa dan koordinasi semua unit-unit dalam jabatan," katanya ketika ditemui di sini.

Latihan menyelamat yang turut melibatkan 31 anggota jabatan dan agensi lain termasuk polis itu berakhir sekitar jam 12 tengah hari.

Artikel Berkaitan:

Simulasi cerun dan gua menguji koordinasi antara pasukan yang terlibat dalam usaha menyelamat.
Simulasi cerun dan gua menguji koordinasi antara pasukan yang terlibat dalam usaha menyelamat.

Meor Ismail berkata, latihan akan dilakukan dengan lebih kerap untuk memberi gambaran lebih tepat mengenai pengurusan logistik dan aset.

Tambahnya, tiada kemalangan dicatatkan dalam tempoh 12 tahun meskipun pelbagai simulasi dijalankan di Gua Tempurung.