Pas Terengganu kekalkan lima penyandang

Abdul Hadi (tengah) bersama semua calon PN Terengganu yang diumumkan malam ini.
Abdul Hadi (tengah) bersama semua calon PN Terengganu yang diumumkan malam ini.
A
A
A

MARANG - Pas Terengganu mengekalkan lima penyandang kerusi Parlimennya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November nanti.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang, Wan Hassan Mohd Ramli kekal bertanding di Parlimen Dungun dan Che Alias Hamid pula Parlimen Dungun.

Turut kekal adalah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim di Parlimen Kuala Terengganu dan Shaharizukirnain Abdul Kadir akan bertanding di Parlimen Setiu.

Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang merupakan calon tunggal Bersatu kekal mempertahankan kerusinya di Hulu Terengganu.

Bagi Parlimen Besut, PN menampilkan muka baharu iaitu bekas pemimpin BN yang pernah menjadi Ahli Parlimen Setiu, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh sebagai calon di kerusi berkenaan.

Semua calon yang akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) itu diumumkan Pengerusi PN Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Pengisytiharan Calon Pas Terengganu PRU15 di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini, sebentar tadi.

Pengumuman semua calon PN Terengganu itu disambut dengan sorakan kira-kira 10,000 penyokong yang hadir di Rusila.


Senarai calon PN Terengganu

Artikel Berkaitan:


P33 Besut

- Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (muka baharu)

P34 Setiu

- Shaharizukirnain Abd Kadir (penyandang)

P35 Kuala Nerus

- Datuk Dr Alias Razak (muka baharu Adun bukit tunggal)

P36 Kuala Terengganu

- Datuk Ahmad Amzad Hashim (penyandang)

P37 Marang

- Tan Sri Abdul Hadi Awang (penyandang)

P 38 Hulu Terengganu

- Datuk Rosol Wahid (penyandang)

P 39 Dungun

-Wan Hassan Mohd Ramli (penyandang)

P 40 Kemaman

- Che Alias Hamid (penyandang)