'Adiwira' tangkap empat pengedar dadah

Tiga orang pegawai polis memakai kostum 'adi wira' melakukan operasi penyamaran di Peru, baru-baru ini. - Foto BBC
Tiga orang pegawai polis memakai kostum 'adi wira' melakukan operasi penyamaran di Peru, baru-baru ini. - Foto BBC
A
A
A

LIMA - Tiga orang pegawai polis yang memakai kostum adiwira Spiderman, Captain America, Catwoman dan Thor muncul di sebuah rumah dan berjaya menangkap empat orang disyaki pengedar dadah di Peru baru-baru ini.

Pada mulanya empat orang itu menyangka ketiga-tiga polis yang menyamar tersebut memakai kostum berkenaan untuk menyambut Hari Halloween.

Operasi digelar Marvel itu menyaksikan empat anggota polis yang menyamar berjalan di sebatang jalan sambil berpura-pura melakukan promosi untuk konsert Halloween di kejiranan San Juan de Lurigancho, Lima.

Namun, apabila tiba di sebuah rumah, Captain America meminjam tukul Thor untuk memecahkan pintu keluli sebelum 10 pegawai polis sandaran masuk dan menangkap tiga lelaki dan seorang wanita.

Penghuni-penghuni rumah itu terkejut dan pada mulanya menyangka ia adalah jenaka Halloween, kata polis dalam satu kenyataan.

Tetapi mereka tidak lama kemudian menyedari bahawa ia bukan jenaka apabila Spiderman mula menangkap seorang lelaki.

"Di bangunan ini (rumah), seluruh keluarga mengabdikan diri mereka kepada pengkomersilan mikro dadah.

"Dadah itu akan dijual di taman berhampiran,' kata seorang pegawai polis, Kolonel David Villanueva.

Artikel Berkaitan:

Polis merampas 3,250 bungkusan kecil pes kokain asas serta 287 beg kokain dan 127 ganja.

Satu kilogram pes kokain dijual pada harga kira-kira AS$380 (RM1,802) di Peru manakala sekilogram kokain hidroklorida, bentuk paling tulen dijual pada harga kira-kira AS$1,000 (RM4,744).

Penduduk tempatan berhimpun di luar rumah sambil memerhati dengan hairan Spiderman, Captain America, Thor dan Catwoman membawa empat suspek yang digari keluar meunuju ke kenderaan polis. - Agensi