Alvarez pacu City

Alvarez (kanan) meledak satu gol ketika membantu City menewaskan Sevilla 3-1. - Foto Agensi.
Alvarez (kanan) meledak satu gol ketika membantu City menewaskan Sevilla 3-1. - Foto Agensi.
A
A
A

TANPA pemain sensasi, Erling Haaland tiada masalah buat Manchester City untuk meraih kemenangan 3-1 ke atas Sevilla pada Khamis.

Julian Alvarez mengisi kekosongan itu apabila menyumbat satu gol dan dua bantuan jaringan ketika The Citizens bangkit daripada ketinggalan untuk meraih tiga mata berharga.

Haaland tidak diturunkan kerana mengalami kecederaan kaki.

Namun The Citizens sudah mengesahkan tempat teratas Kumpulan G Liga Juara-Juara.

Kesempatan itu diambil oleh Pep Guardiola untuk merehatkan Kevin De Bruyne, Rodri, Bernardo Silva dan Joao Cancelo di bangku simpanan.

Pada aksi itu, Sevilla terlebih dahulu di depan menerusi Rafa Mir pada minit ke-31.

City kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-52 menerusi pemain berusia 17 tahun, Rico Lewis.

De Bruyne yang masuk sebagai pemain gantian kemudian membantu Alvarez untuk gol kedua The Citizens.

Artikel Berkaitan:

Riyad Mahrez melengkapkan kebangkitan City tujuh minit sebelum tamat permainan.

City menamatkan aksi kumpulan dengan kelebihan lima mata di depan Borussia Dortmund, manakala Sevilla jatuh ke Liga Europa selepas menamatkan kedudukan di tangga ketiga.

"Satu daripada sebab ia malam yang hebat buat Julian. Dia membuat dua bantuan gol dan satu gol.

"Kita tahu betapa bagusnya dia dan kualiti dimilikinya. Hari ini dia begitu sabar," ujar Guardiola.