Nik Abduh sukarela tidak bertanding: Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
A
A
A

KOTA BHARU - Pas mendedahkan anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz secara sukarela untuk tidak pertahankan kerusi Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu sekaligus menafikan dakwaan berkait isu mematikan legasi Allahyarham Nik Abdul Aziz.

"Semua perlu ingat, perjuangan bukan individu sebaliknya dasar yang mahu diperjuangkan," katanya ketika diminta mengulas berhubung Nik Mohamad Abduh yang digugurkan dari calon Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PN Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhamamd IV, di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, segala dasar polisi Allahyarham Nik Abdul Aziz akan teruskan.

Katanya, justeru tidak timbul isu boikot di Parlimen berkenaan.

“Insya-ALLAH sepanjang kempen beliau akan membantu calon baru di Parlimen berkenaan untuk menyokong komitmen kepimpinan parti memandangkan calon baharu iaitu Mohd Syahir Che Sulaiman merupakan rakan beliau,” ujarnya.

Nik Abduh dan penyandang Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi digugurkan daripada calon PN di Kelantan pada PRU15.

Artikel Berkaitan: