Ketua Armada Bersatu lawan Jazlan di Machang

Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal
A
A
A

KOTA BHARU - Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dicalonkan oleh PN Kelantan untuk bertembung dengan Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub di Parlimen Machang.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara itu diumumkan untuk bertanding di kerusi tersebut pada majlis pengisytiharan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) PN Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad ke IV di sini pada Rabu.

Pada PRU15 Wan Ahmad Fayhsal akan menggunakan simbol bulan sebagaimana yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pucuk pimpinan parti iaitu Bersatu dan Pas.

Machang merupakan kerusi yang telah diperuntukan kepada Bersatu selain Jeli, Tanah Merah, Gua Musang dan Ketereh.

Pada PRU14 lalu, Ahmad Jazlan menang dengan majoriti 2,824 menewasakan calon Pas dan Pakatan Harapan (PH).

Ahmad Jazlan memperoleh undian sebanyak 26,076 undi manakala Zulkifli Mamat (23,252 undi) dan Datuk Sazmi Miah (5,695 undi).

Artikel Berkaitan: