PRU15: Peter umum dua lagi calon KDM

Peter (tengah) bersama dua calon yang mewakili KDM pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KDM, Penampang.
Peter (tengah) bersama dua calon yang mewakili KDM pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KDM, Penampang.
A
A
A

KOTA KINABALU - Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menamakan dua lagi calon di kerusi Parlimen Beaufort dan Pensiangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennye, Datuk Peter Anthony berkata, secara keseluruhanya setakat ini KDM telah mengumumkan sebanyak tujuh kerusi Parlimen yang akan ditandingi parti itu termasuk Kota Marudu, Sepanggar, Kota Kinabalu, Kimanis dan Tenom.

"Hari ini saya umumkan calon seterusnya Jekerison Kilan, 52, untuk bertanding di kawasan Pensiangan dan calon bagi Parlimen Beaufort ialah Datuk Johair Mat Lani, 57, yang juga merupakan Naib Presiden KDM.

"Ini bermakna seramai tujuh kawasan yang akan kita tandingi pada ketika ini dan selebihnya untuk tiga kawasan (Papar, Keningau dan Ranau saja) akan kita pertimbangkan dan kita akan umumkan dalam masa terdekat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KDM di sini pada Rabu.

Sementara itu, beliau memaklumkan bagi Parlimen Kota Belud, Putatan dan Sandakan walaupun ada permintaan, namun disebabkan masa yang terlalu singkat ia akan diperincikan.

Beliau sebelum ini mengumumkan akan bertanding di Parlimen Tenom manakala calon lain iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Datuk Wetrom Bahanda (Kota Marudu); Ketua Pemuda KDM Jumardie Lukman (Sepanggar), Amat Mohd Yusof (Kimanis) dan Liaw Kit Siong (Kota Kinabalu).

Artikel Berkaitan: