Undi18 buka peluang PN di Klang

Dr Jaya Chandran Perumal
Dr Jaya Chandran Perumal
A
A
A

KLANG - Peningkatan jumlah pengundi muda memberi peluang kepada calon Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Klang untuk menawan kubu Pakatan Harapan (PH) di Parlimen itu.

Calon PN, Dr Jaya Chandran Perumal berkata, dianggarkan berjumlah lebih 50,000 pengundi baharu termasuk kelompok Undi18 di Parlimen Klang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Pengundi baharu ini tahu parti mana yang baik, bersih dan boleh membawa kestabilan dan kita mengharapkan mereka dapat memberikan sokongan terhadap PN.

"Kita ada strategi kita sendiri dan berdasarkan culaan kita juga mendapati PN mempunyai ramai sokongan (di Parlimen Klang) serta turut dibantu Pas yang bersama PN.

"Saya yakin (PN mampu) untuk merampas kerusi Parlimen Klang dari PH pada PRU15," kata doktor berusia 47 tahun ini ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau pernah berkhidmat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sehingga 2010 dan merupakan lulusan Kursk State Medical University Russia dan memiliki lima syarikat berkaitan perkhidmatan perubatan sejak 2014.

Jaya Chandran yang dikenali sebagai 'Doktor Rakyat' berdepan calon BN, Tee Hooi Ling dan V Ganabatirau yang menggantikan Charles Santiago sebagai calon PH di Parlimen Klang pada PRU15 nanti.

Charles memenangi kerusi Parlimen Klang sejak 2008 dan beliau meraih peningkatan majoriti dalam tiga pilihan raya umum lalu sekaligus menjadikan parlimen itu sebagai kubu kuat PH.

Artikel Berkaitan: