Tak tergugat dengan calon BN: Anwar

Anwar (dua dari kiri) ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Tawaran Harapan Kita Boleh! di Bandar Baru Klang hari ini. Turut sama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke (kiri) dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tiga dari kiri). - Foto Bernama

A
A
A

KLANG - Barisan bakal calon-calon BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak menggugat keyakinan Pakatan Harapan (PH) untuk memenangi kerusi-kerusi yang ditandingi.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, apa yang dilihat kini adalah keadaan yang berkecamuk dalam BN.

"Kita tak tergugat dengan calon BN. Kita lihat keadaan agak kecamuk dalam BN dan dalam PN, Pas disokong Parti Gerakan Rakyat (Gerakan) yang menentang hudud terang-terangan.

"Tetapi alasan yang sama dia (Pas) serang DAP tapi saya lihat Gerakan mengeluarkan beberapa kenyataan yang jauh lebih keras, lebih menghina Islam tapi dikompromi. Jadi kita akan jadikan ulasan kita menjawab," katanya kepada pemberita ditemui selepas Majlis Pelancaran Tawaran Harapan - Kita Boleh! di sini pada Rabu.

Pada Selasa, BN mengumumkan barisan bakal calon PRU15 gabungan itu.

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dinamakan sebagai bakal calon bagi Parlimen Sungai Buloh menimbulkan desas-desus kemungkinan PH akan meletakkan calon lain.

Bayangan penukaran calon itu dibuat Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam ciapan di Twitter yang memaklumkan, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Anwar berkaitan hal berkenaan.

Artikel Berkaitan: