Ustaz Kazim wakili BN di Larut

Ustaz Kazim menjadi taruhan BN di kerusi Parlimen Larut.
Ustaz Kazim menjadi taruhan BN di kerusi Parlimen Larut.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim sah bertanding mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Pencalonan Ustaz Kazim diumumkan sendiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Selasa.

Menurut Ahmad Zahid, pendakwah terkenal itu akan bertanding di Parlimen Larut, Perak.

Difahamkan, pemilihan tokoh agama itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di negeri Perak dan dikatakan sesuai untuk diletakkan sebagai 'underdog' di kawasan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Khabarnya, pemilihan Ustaz Kazim dibincangkan dalam pertemuan 'Top 5' dua hari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, kerusi Parlimen Larut dimenangi Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin menang atas tiket BN selepas mengalahkan calon Pas, Abu Husin Mohamad dengan majoriti undi sebanyak 4,486.

Selepas itu, beliau keluar dari UMNO dan menyertai Bersatu pada 2019.

Artikel Berkaitan: