Rodriguez tinggalkan Urawa Red Diamonds hujung musim

No Image Caption
A
A
A

RICARDO Rodriguez akan meninggalkan Urawa Red Diamonds pada penghujung musim Liga J1 walaupun jurulatih kelahiran Sepanyol itu berjaya membawa pasukan terbabit ke final Liga Juara-Juara Asia.

Pengumuman itu dibuat selepas Urawa tewas 1-4 kepada pendahulu Liga J1, Yokohama F Marinos yang menyebabkan mereka berada di kedudukan kelapan liga selepas ketinggalan 21 mata berbanding tangga teratas dengan baki satu pusingan.

The Reds dijadualkan menentang Avispa Fukuoka di Stadium Saitama.

Rodriguez dilantik menjelang musim 2021 setelah mengetuai Tokushima Vortis merangkul kejuaraan divisyen dua tahun sebelumnya.

Walaupun beraksi dengan baik dalam Liga Juara-Juara Asia, namun mereka masih bergelut dalam pertandingan domestik.

Urawa mara ke pusingan kalah mati untuk kelab dari Asia Timur itu pada Ogos selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim dari Malaysia, BG Pathum United dari Thailand dan bekas juara Jeonbuk Motors dari Korea Selatan untuk mara ke final pada Februari.

Artikel Berkaitan: