Kerajaan naikkan subsidi, tingkat pengeluaran telur ayam

Kerajaan menaikkan kadar subsidi bagi telur ayam gred A, B dan C sebanyak dua sen sebiji berkuat kuasa serta-merta. (Gambar kecil: Annuar)
Kerajaan menaikkan kadar subsidi bagi telur ayam gred A, B dan C sebanyak dua sen sebiji berkuat kuasa serta-merta. (Gambar kecil: Annuar)
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan menaikkan kadar subsidi bagi telur ayam gred A, B dan C sebanyak dua sen sebiji berkuat kuasa serta-merta bagi meningkatkan pengeluaran bahan mentah tersebut sekali gus menampung permintaan para pengguna.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia menjadikan kadar subsidi telur ayam diperingkat ladang dinaikkan daripada lapan sen kepada 10 sen sebiji supaya harga kawalan runcit kekal bagi telur gred berkenaan.

"Perkara ini dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa yang dipengerusikan oleh saya pada 25 Oktober dan ia telah dibawa kepada pengetahuan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Selasa.

Menurut beliau, mengambil kira kepentingan nasional, adalah wajar kerajaan mempertimbangkan permohonan untuk menambah subsidi berkenaan.

Ujarnya, subsidi tambahan itu juga dijangka akan memberi manfaat kepada 338 ladang ayam penelur bagi memastikan bekalan telur di pasaran lebih konsisten dan stabil.

Tambah beliau, untuk rekod sehingga Isnin jumlah subsidi RM1.13 bilion ringgit telah diluluskan dengan bilangan permohonan 13, 440 permohonan subsidi ayam dan telur ayam.

Artikel Berkaitan: