Kepa belum pasti turun menentang Dinamo

Kepa
Kepa
A
A
A

PENJAGA gol Chelsea, Kepa Arizabalaga masih belum pasti dapat diturunkan pada perlawanan akhir kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Dinamo Zagreb pada awal pagi Khamis.

Pengendali The Blues, Graham Potter memberitahu ketika ini beliau mendapatkan mengesahkan status sebenar kecederaan yang dialami penjaga gawang kelahiran Sepanyol.

Bagaimanapun Potter percaya, kecederaan yang dialami Kepa itu tidak akan menjejaskan rentak Chelsea kerana pasukan itu mempunyai seorang lagi penjaga gol yang hebat iaitu Edouard mendy.

“Dia memberitahu ada rasa sakit di bahagian bawah kakinya. Jadi saya tidak tahu apa kecederaan yang dialaminya dan terlalu awal untuk kami sahkan sama ada dia akan kembali atau tidak.

“Ia sudah tentu mengecewakan Kepa kerana dia beraksi dengan baik dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Apa-apapun sekiranya dia gagal untuk cergas sebelum Rabu saya akan beri peluang kepada Mendy,” katanya.

Sebelum ini Kepa dikeluarkan pada babak pertama ketika Chelsea tewas brighton 4-1 di Stadium Ammex pada Sabtu.

Untuk rekod, Chelsea kini berada di tangga teratas Kumpulan E selepas mengutip 10 mata dalam lima perlawanan.

Artikel Berkaitan: