Sila log masuk terlebih dahulu.

PRU15: Muda pertaruh petani moden di Kota Marudu

31 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 31 OKTOBER 2022

Terkesan dengan keadaan serba kekurangan di Kota Marudu, Sabah memberi inspirasi buat seorang petani moden, Sharizal Denci, 40 tahun menjadi calon bagi Parlimen Kota Marudu pada PRU15.

Sharizal yang mewakili Parti Muda merupakan calon tunggal bagi parti berkenaan di Sabah yang diumumkan oleh Pengarah Pilihan Raya Muda, Amira Aisya Abd Aziz dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Muda di Damai, di Kota Kinabalu, hari ini.

Sharizal yang juga pengasas bersama Muda berkata, beliau bertanding di kerusi berkenaan adalah kerana mahu mengubah nasib rakyat di Kota Marudu.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15