Kegagalan pinda RUU calar maruah sendiri: Noraini

Dr Noraini Ahmad - Foto Sinar Harian
Dr Noraini Ahmad - Foto Sinar Harian
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad menyifatkan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak, mencalar maruah PH.

Menurutnya, kegagalan kerajaan PH memperolehi undi dua pertiga bagi mengembalikan status dua negeri tersebut seperti dalam Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963 jelas membuktikan kedudukan kerajaan pada hari ini sangat rapuh.

“Rakyat boleh melihat bagaimana Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019 untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak dibuat oleh PH secara melulu, terburu-buru dan tidak dibincang secara meluas.

“RUU ini yang bertujuan memelihara kepentingan Sabah dan Sarawak juga tidak dimasukkan dan dibincangkan dalam Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat seperti dicadangkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atau dibahaskan di peringkat kerajaan negeri Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan media.

ARTIKEL BERKAITAN: Pindaan Perlembagaan Persekutuan gagal dapat dua pertiga

Artikel Berkaitan: