'Suami pesan jaga anak-anak kerana mahu pergi jauh'

Mayat Mohd Azwar ditemui di sungai berdekatan Jambatan Pak Nik Lah, Pengkalan Chepa di sini pada Isnin.
Mayat Mohd Azwar ditemui di sungai berdekatan Jambatan Pak Nik Lah, Pengkalan Chepa di sini pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki ditemukan lemas di sungai berdekatan Jambatan Pak Nik Lah, Pengkalan Chepa di sini pada Isnin.

Mangsa, Mohd Azwar Aziz, 38, dijumpai pada jam 2.40 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, mayat dijumpai kira-kira empat kilometer dari jambatan tersebut.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.29 pagi memaklumkan seorang lelaki terjatuh ke dalam sungai.

“Seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Pasir Tumboh serta Pengkalan Kubor bergegas ke lokasi bagi melancarkan operasi mencari dan menyelamat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JBPM Tunjong, di sini, pada Isnin.

Sementara itu, isteri mangsa, Siti Najwa Kamarudin, 28, berkata, sebelum kejadian dia ada menerima pesanan WhatsApp daripada suaminya yang berasal dari Pasir Kasar, Pasir Mas meminta menjaga ketiga-tiga anak-anak mereka kerana memaklumkan mahu ‘pergi jauh.’

“Suami saya seorang yang pendiam dan sangat baik. Kami tidak mempunyai sebarang masalah.

“Saya akan tunaikan amanat arwah yang minta jaga anak-anak dengan baik. Syukur jasad suami ditemui walaupun sudah meninggal dunia,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Jenazah Mohd Azwar dijangka akan dikebumikan di di Tanah Perkuburan Dusun Durian, Panchor, Pengkalan Chepa, di sini, pada Isnin.