Lelaki pijak kolam Deepavali akan dipanggil esok: Polis

Perbuatan lelaki berkenaan menjadi bualan selepas rakaman video memaparkan kejadian itu tular di media sosial.
Perbuatan lelaki berkenaan menjadi bualan selepas rakaman video memaparkan kejadian itu tular di media sosial.
A
A
A

KLANG - Polis akan memanggil lelaki tular memijak dan berjalan di atas hiasan perayaan Deepavali atau kolam di Hospital KPJ Healthcare, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, lelaki terbabit yang dipercayai kakitangan hospital berkenaan akan dipanggil pada Isnin.

Pada Sabtu sekitar jam 7.45 malam, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara mengesan video tular berdurasi 37 di TikTok menunjukkan seorang lelaki sedang berjalan dengan kasut di atas (perhiasan) kolam.

"Sehubungan itu, Ketua Balai Polis Bandar Baru Klang telah membuat satu laporan dan suspek akan dipanggil ke IPD Klang Utara esok," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Vijaya Rao berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja memudaratkan, atau cuba memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya menjaga tingkah laku dan menghindari tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian negara

Sementara itu, KPJ Klang dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyedari mengenai penyebaran video membabitkan suspek yang didakwa kakitangan mereka terbabit di media sosial.

KPJ Klang dalam kenyataan itu menegaskan mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan jelik dan tidak profesional daripada mana-mana kakitangan mereka dan akan menjalankan siasatan dalam.

Artikel Berkaitan: