Anwar sahkan Parlimen Tapah ditandingi calon PKR

Anwar menemui pengundi sempena program minum petang bersama Anwar Ibrahim di Warung Nasi Lemak Kak Nor di Kampung Ulu Chemor di sini pada Ahad.
Anwar menemui pengundi sempena program minum petang bersama Anwar Ibrahim di Warung Nasi Lemak Kak Nor di Kampung Ulu Chemor di sini pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Parlimen Tapah antara kerusi yang akan ditandingi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, kata Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Naib Presiden PKR, K Saraswathy akan bertanding di Tapah, S Kesavan di Sungai Siput (penyandang) dan Sembrong ditandingi Hasni Abas.

Menurutnya, rundingan terakhir dilakukan bersama pimpinan PH telah memutuskan untuk mengekalkan kerusi Tapah kepada PKR bersama beberapa kerusi lain iaitu Parlimen Sungai Siput dan Sembrong.

"Tadi ada pengumuman di pihak Muda (bertanding di Tapah), tetapi perkara itu tidak betul. Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) (Presiden Muda) telah maklumkan kepada saya bahawa pengumuman itu tidak mewakili Muda.

"Tapah memang kerusi keadilan dan untuk kerusi Muda diputuskan selain Muar, Tanjong Karang dan Tanjung Piai, lain-lain akan diumumkan kemudian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program minum petang bersama Anwar Ibrahim di Warung Nasi Lemak Kak Nor di Kampung Ulu Chemor di sini pada Ahad.

Laporan media menyebut, Pengerusi Muda Perak, Mutalib Uthman umum bertanding di kerusi Parlimen Tapah pada PRU15 ini.

Mutalib dalam kenyataannya berkata, keputusan itu dibuat mengikut agihan kerusi hasil rundingan kerjasama politik di antara Muda dan PH.

Artikel Berkaitan:

Perkara itu bagaimanapun telah dinafikan Ketua Penerangan Muda, Luqman Long yang menyatakan kerusi Parlimen Tapah kekal milik PH.

Parlimen Tapah merupakan kubu kuat BN yang kini disandang Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan daripada MIC sejak PRU 2008.