Lima penjawat awam ditahan, dadah dirampas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai lima penjawat awam ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah pusat hiburan di Jalan Puchong, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, polis turut merampas pelbagai jenis dadah dalam serbuan Ops Noda pada jam 11.45 malam.

"Kita merampas dadah jenis methamphetamine seberat 0.87 gram, pil eramin 5 (7.38 gram) dan ganja (5.65 gram)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Amihizam berkata, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjaga premis, seorang pelayan wanita warga Vietnam dan tiga lelaki warga Bangladesh.

"Kesemua suspek ditahan reman tiga hari bermula Sabtu hingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kes akan disiasat dari segi kesalahan tatatertib dan turut disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1) (C) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Amihizam berkata, polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sumber bekalan dadah yang diperolehi.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi talian 03-22979222 sambungan 553 bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: