Changkat Jong untuk DAP: Anwar

Anwar yang umum bertanding di Parlimen Tambun pada PRU15 bertemu pengundi dalam program minum petang bersama Anwar Ibrahim di Warung Nasi Lemak Kak Nor di Kampung Ulu Chemor di sini pada Ahad.
Anwar yang umum bertanding di Parlimen Tambun pada PRU15 bertemu pengundi dalam program minum petang bersama Anwar Ibrahim di Warung Nasi Lemak Kak Nor di Kampung Ulu Chemor di sini pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Pakatan Harapan (PH) telah memuktamadkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong akan ditandingi calon daripada DAP pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan antara pimpinan tertinggi parti telah dibuat dan bersetuju untuk menyerahkan kerusi itu kepada DAP dan bukan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Dalam 10 hari lepas, kedua-dua parti (DAP dan Amanah) telah memohon dan Majlis Presiden PH yang berbincang setuju agar Changkat Jong kekal dengan DAP.

"Amanah ada berikan hujah yang agak kuat untuk pertahankan Changkat Jong, DAP juga begitu dan setelah ambil kira semua (aspek), keputusan secara konsensusnya diberi kepada DAP," katanya.

Anwar yang umum bertanding di Parlimen Tambun pada PRU15 menyantuni pengundi di Kampung Ulu Chemor di sini pada Ahad.
Anwar yang umum bertanding di Parlimen Tambun pada PRU15 menyantuni pengundi di Kampung Ulu Chemor di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program minum petang bersama Anwar Ibrahim di Warung Nasi Lemak Kak Nor di Kampung Ulu Chemor di sini pada Ahad.

Kerusi DUN Changkat Jong menjadi pertikaian selepas Amanah menamakan calon bagi bertanding di kawasan berkenaan menerusi Naib Pengerusi Amanah negeri, Dr Muhaimin Sulam.

DAP juga mengumumkan Setiausaha Publisiti DAP Teluk Intan, Badrul Hisham Badarudin iaitu muka baharu sebagai calon di kerusi tersebut.

Artikel Berkaitan:

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, pertindihan calon antara parti komponen PH itu bukan satu isu yang besar hingga boleh membawa perpecahan dalam parti.

Katanya, dalam kes itu, rundingan telah dibuat bersama Presiden Amanah dan DAP juga melibatkan pimpinan pelbagai peringkat jawatankuasa pilihan raya.

"Perkara ini akan ambil masa satu ke dua hari untuk diterima dan difahami, tetapi tidak sampai membawa kepada masalah antara parti," katanya.