'Istiqamahlah dengan Pas tapi undilah BN'

Mohd Khairuddin
Mohd Khairuddin
A
A
A

KUALA NERUS - Penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berharap ahli-ahli Pas mengundi BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mengelak kemungkinan timbul sebarang mudarat sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang.

Beliau berkata, ia bukan bermakna ahli Pas tidak istiqamah dengan parti mereka, sebaliknya tindakan itu bertujuan menghilangkan mudarat yang sepatutnya dilakukan dengan muafakat Pas dan UMNO.

"Menghalang mudarat PH adalah wajib kerana mudarat mereka mestilah dihilangkan dan sepatutnya dilakukan dengan muafakat Pas dan UMNO yang besar bilangan sokongan iaitu 3.4 juta ahli campur 1 juta ahli menjadikan 4.4 juta penyokong.

"Tapi yang 4.4 juta tak berlaku maka kena sokong yang ahlinya 3.4 juta, jangan sokong yang sejuta, yang bercampur entah berapa daripada Parti Bumi Bersatu Malaysia (Bersatu). BN sahaja yang boleh halang PH menang.

"Ahli Pas kekal dan istiqamahlah dengan Pas tapi undilah BN untuk halang mudarat PH," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membuat rakaman berucap pada program Sarapan Pagi Bersama Veteran UMNO di pekarangan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir di sini hari ini yang dimuat naik di media sosial miliknya.

Dalam pada itu, Khairuddin berkata, beliau berhak bercakap soal Muafakat Nasional (MN) kerana terlibat secara langsung dengan proses merealisasikan penyatuan dua parti Melayu Islam sejak awal sebelum BN tewas pada PRU14 lagi.

"Saya merupakan antara wakil Pas yang terlibat secara langsung sejak awal untuk menyatukan Pas dan UMNO," katanya.

Artikel Berkaitan: