Juruteknik ditahan pukul kawan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG – Seorang juruteknik ditahan selepas dipercayai memukul rakannya menggunakan botol arak di sebuah pangsapuri di Lembah Jaya Selatan di sini, pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian jam 11 malam, mangsa berusia 24 tahun bertemu dengan suspek di hadapan pangsapuri tersebut.

“Mangsa bertengkar dengan suspek sehingga berlaku pergaduhan. Akibat daripada kejadian itu mangsa cedera di kepala, mata, tangan dan telinga,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, sepasukan polis telah menangkap suspek berusia 24 tahun di hadapan rumah di Ampang Campuran pada Sabtu.

“Siasatan mendapati punca kejadian disebabkan mangsa selalu membuli suspek selepas mabuk. Suspek tidak mengaku menggunakan botol arak untuk mencederakan mangsa,” katanya.

Katanya, hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah.

“Suspek telah direman selama empat hari bermula Ahad hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: