KPLB sedia peruntukkan RM114 juta untuk usahawan luar bandar

A
A
A

Mahdzir (tiga dari kanan) merasmikan penutupan Mini KUD Padang Terap di Kuala Nerang pada Sabtu.
Mahdzir (tiga dari kanan) merasmikan penutupan Mini KUD Padang Terap di Kuala Nerang pada Sabtu.



KUALA NERANG - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan dana lebih RM114 juta tahun depan untuk menyediakan ekosistem kepada usahawan luar bandar dalam meluaskan pasaran dan meningkatkan pendapatan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peruntukan tersebut bertujuan menyokong perkembangan 64,000 usahawan luar bandar di bawah KPLB di seluruh negara.

Menurutnya, penganjuran Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) adalah antara inisiatif kementerian itu untuk memperkasakan ekosistem sedia ada bagi usahawan yang terlibat.

"Program ini menyediakan platform kepada semua pihak dalam rantaian keusahawanan termasuk pengeluar, pembekal, pemborong dan pengedar dalam menjalin kerjasama strategik termasuk meluaskan jaringan perniagaan.

"Melalui program itu juga KPLB dapat mengumpul maklumat dan maklum balas daripada usahawan luar bandar mengenai keberkesanan program pengukuhan keusahawanan yang dilaksanakan oleh agensi di KPLB," katanya dalam sidang media selepas merasmikan penutupan Mini KUD Padang Terap, di sini pada Sabtu.

Mahdzir turut menyampaikan geran Skim Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) kepada 1,032 usahawan desa bernilai lebih RM5.1 juta.
Mahdzir turut menyampaikan geran Skim Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) kepada 1,032 usahawan desa bernilai lebih RM5.1 juta.



Turut hadir, Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB, Datuk Che Murad Sayang Ramjan; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPLB, Mas Rizal Mohd Hilmi dan Pegawai Daerah Padang Terap, Datuk Abdul Ghani @ Zulkifli Zainuddin.

Sementara itu, Mini KUD Padang Terap mencatatkan nilai jualan tunai lebih RM200,000 dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung sepanjang tiga hari bermula Khamis lalu.

Artikel Berkaitan:


"Nilai jualan tunai telah melepasi sasaran awal sebanyak RM200,000 dan jika kita mengambil kira sesi padanan perniagaan atau ‘business matching’ nilai keseluruhan yang berjaya dicatatkan mencecah RM450,000," ujar Mahdzir.

Tambah beliau, elemen penting penganjuran Mini KUD adalah sebagai platform mempromosi kemudahan serta inisiatif yang disediakan KPLB dan agensinya bagi membantu usahawan luar bandar serta meneroka peluang pasaran baharu lebih besar.

Mahdzir (lima dari kanan) hadir pada majlis penutupan Mini KUD Padang Terap di Kuala Nerang pada Sabtu.
Mahdzir (lima dari kanan) hadir pada majlis penutupan Mini KUD Padang Terap di Kuala Nerang pada Sabtu.



”Program ini juga menjadi salah satu medium untuk mewujudkan akses pasaran produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli," kata beliau.

Pada majlis sama, Mahdzir turut menyampaikan geran Skim Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) kepada 1,032 usahawan desa bernilai lebih RM5.1 juta.

11 usahawan menerima bantuan penyediaan warung desa dan peralatan di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) bernilai RM110,000.

Reaksi usahawan

SALINA
SALINA



“Tahun ini saja saya sudah mengikuti Karnival KUD sebanyak tiga kali. Jualan barangan kraf tangan yang dihasilkan dari hutan ini mendapat sambutan sangat menggalakkan. ” - Usahawan JAKOA, Salina Bah-Daun, 54 (Tapah, Perak).

“Ini kali pertama kali saya menyertai KUD, saya terkejut kerana sambutan terhadap kopi kami menggalakkan sejak tiga hari lalu. Saya harap program ini diadakan di setiap daerah di Kedah.” - Usahawan KEDA, Nur Ashimi Che Mat, 42 (Sungai Petani, Kedah).

BASRAH
BASRAH



“Program KUD ini platform terbaik untuk memperkenalkan dan menjual produk dari kawasan luar bandar seperti saya. 18 produk saya mendapat sambutan hangat orang ramai.” - Usahawan FELCRA, Basrah Ibrahim, 64 (Baling, Kedah).

Reaksi pengunjung

MUHAMMAD FIKRI
MUHAMMAD FIKRI



“Program ini sangat bagus untuk orang muda seperti saya mengenali agensi di bawah KPLB. Harap lebih banyak lagi program seperti ini diketengahkan untuk didik orang muda mengenai dunia usahawan.” - Muhammad Fikri Mohd Lazim, 21 (Pokok Sena, Kedah)

“Seronok tengok macam-macam produk tempatan disediakan oleh agensi di bawah KPLB di Mini KUD ini. Saya hadir untuk beri sokongan kepada jualan tempatan kita, aktivitinya juga meriah.” - Mohd Syukri Mohd Sabari, 30 (Padang Terap, Kedah)

SITI ASMA
SITI ASMA



“Anak-anak sangat seronok datang ke sini sebab ada pameran binatang selain persembahan dari Orang Asli. Satu pengalaman dan pendedahan yang baik untuk anak-anak selain banyak gerai jualan disediakan.” - Siti Asma Abdul Manaf, 41 (Alor Setar, Kedah)