Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Perancis

Pearly-Thinaah meneruskan pengembaraan cemerlang di bumi Paris. - Foto Badminton Association of Malaysia - BAM
Pearly-Thinaah meneruskan pengembaraan cemerlang di bumi Paris. - Foto Badminton Association of Malaysia - BAM
A
A
A

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah meneruskan pengembaraan cemerlang di bumi Paris apabila mara ke pentas final Terbuka Perancis pada Sabtu.

Bertempat di Stade Pierre de Coubertin, gandingan sensasi itu mudah menyingkirkan pasangan di ranking ke-138 dunia dari Korea Selatan, Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee.

Pasangan ranking ke-11 dunia itu bermula garang pada set pertama apabila mudah mengatasi permulaan Ha Na-So Hee, untuk kemenangan 21-13.

Di set kedua,Ha Na-So Hee cuba kembali dalam permainan mula memberi tentangan, namun pengalaman lebih memihak Pearly-Thinaah untuk menang, 21-17, dalam masa 41 minit.

Menanti Pearly-Thinaah di final ialah pilihan keempat kejohanan dan menghuni ranking ketujuh dunia iaitu pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara.

Matsumoto-Nagahara mara ke pentas akhir setelah menewaskan rakan senegara, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota 21-14, 25-23 pada satu lagi aksi separuh akhir.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham itu melepasi halangan untuk ke final Jelajah Dunia pertama tahun ini selepas menamatkan badi tersekat di peringkat separuh pada Terbuka Thailand (Mei), Indonesia Masters (Jun) dan Malaysia Masters (Julai).

Artikel Berkaitan: