Takiyuddin sahkan Hadi kekal bertanding Parlimen Marang

Tan Sri Abdul Hadi Awang -Foto Bernama
Tan Sri Abdul Hadi Awang -Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut perkara berkenaan.

"Saya tidak tahu ada desas-desus bahawa beliau tidak akan bertanding pada PRU15.

"Bagaimanapun, hari ini saya mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi yang disandang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Program Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di sini.

Pada PRU lalu, Abdul Hadi menang di Parlimen Marang dengan meraih 53,749 undi menewaskan dua pencabarnya dari Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau juga menafikan berlaku protes susulan nama Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi digugurkan dari senarai calon.

"Kehendak satu-satu kumpulan memang ada tetapi apabila parti sudah membuat keputusan, semua akan diterima," katanya.

Artikel Berkaitan:

Datuk Seri Takiyuddin Hassan -Foto Bernama
Datuk Seri Takiyuddin Hassan -Foto Bernama