Manchester United sudah kembali: Guardiola

Guardiola percaya kehadiran ten Hag akan menyerlah kembali Manchester United musim ini. - Foto Agensi
Guardiola percaya kehadiran ten Hag akan menyerlah kembali Manchester United musim ini. - Foto Agensi
A
A
A

PEP Guardiola percaya Manchester United sedang berada di landasan kembali menyerlah di bawah kendalian Erik ten Hag, dengan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) merupakan sebahagian sasaran kelab itu musim ini.

Pengendali dari Catalan itu berkata, permulaan tugasan awal ten Hag di Old Trafford memberi kesan kepada gergasi Inggeris tersebut dengan penghasilan beberapa keputusan positif.

“Saya rasa United akan kembali kepada gaya bola sepak sebenar mereka dalam masa terdekat. Saya menyaksikan gambaran itu semasa kelab tersebut berdepan Chelsea di separuh masa pertama.

"Saya suka apa yang dilihat tentang United sekarang. Malah akan ada banyak lagi pasukan seperti United bertarung di liga ini. Itulah sebabnya anda perlu berjuang untuk layak ke Liga Juara-Juara dan paling penting berjuang untuk gelaran," katanya.

Selain juga Guardiola juga percaya Newcastle United yang kini merupakan kuasa baharu liga sedang dalam pembikinan selepas setahun pengambilalihan diketuai Arab Saudi.

“Dalam 10 perlawanan pertama anda tidak memenangi Liga Perdana Inggeris, tetapi anda boleh ketinggalan. Lihat sahaja sekarang Newcastle, satu lagi bahagian sudah ada. Saya melihat menentang Tottenham merupakan persembahan hebat kedua-dua pasukan.

"Pengurus Eddie bersama para pemain baharu mereka, cara bermain apabila berdepan Spurs, pertahanan tengah berdepan mengekang (Harry) Kane, Son [Heung-min], tiada masalah. Kualiti yang baik dalam banyak perkara terdapat di Newcastle.

"Bayangkan pasukan ini dengan satu perlawanan seminggu, tiada Eropah, pasukan ini boleh menjadi pesaing untuk berada di sana," kata bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu merujuk kepada prestasi semasa kelab tersebut.

Artikel Berkaitan:

Di sebalik itu, pengurus Manchester City tersebut juga gembira dengan momentum juara bertahan berkenaan dalam misi mempertahankan kejuaraan menjelang cuti pertengahan musim Piala Dunia, berada di kedudukan kedua apabila dipisahkan dua mata di belakang Arsenal yang menghuni tangga teratas.

Guardiola menyasarkan untuk memenangi tiga kejuaraan EPL berturut-turut buat kali pertama, selepas sebelum ini berturut-turut antara 2018 dan 2019, namun dia mengakui standard kualiti dalam kalangan pesaing telah mula meningkat sejak kebelakangan ini.

Malah Guardiola juga berpuas hati dengan prestasi City, apabila hanya mengalami kekalahan kepada Liverpool di tempat lawan, dan percaya pemainnya mempunyai fokus berbanding ketika cuba memenangi kejuaraan ketiga berturut-turut sepanjang kempen 2019-20.

"Saya melihat musim ini ketika kami berada di Amerika Syarikat semasa pra-musim, saya suka apa yang di lihat.

"Banyak perkembangan positif dalam pasukan, isyarat, tiba tepat pada masanya, mengubah latihan betapa bagusnya mereka, betapa fokusnya apabila anda bercakap dengan mereka jika mereka melihat anda atau rumput.

"Itulah sebabnya saya katakan anda seorang yang genius, apabila masih boleh menjuarai liga. Anda mungkin berfikir baik hanya fokus pada Liga Juara-Juara. Sebaliknya saya sudah memenangi empat Liga Perdana tetapi perlu bermain lebih banyak. Ia benar-benar bertentangan. Itulah sebabnya kita berada di sana," katanya.