STAR tuntut kerusi Parlimen Pensiangan

Jeffrey
Jeffrey
A
A
A


PENSIANGAN - Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berharap kerusi Parlimen Pensiangan dipertimbangkan untuk diberikan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Walaupun kerusi itu sebelum ini disandang oleh Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup namun, Jeffrey berkata, biarlah rakyat yang menentukan siapa yang akan jadi pemimpin menerusi 'friendly election' pada PRU kali ini.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Keningau berkata, Parlimen Pensiangan merupakan satu kawasan yang boleh dikatakan mudah dimenangi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Ini disebabkan, pertama semua Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan ini di bawah GRS. Kedua, pada masa ini ada sedikit masalah perhubungan antara pemimpin bawahan terutama sekali membabitkan pemimpin DUN dan Ahli Parlimennya.

"Kita juga rasa kawasan Pensiangan ini dipimpin oleh PBRS adalah bukan sebahagian daripada kerajaan negeri, jadi bolehlah kita minta kawasan ini menjadi satu kawasan 'friendly election', biarlah rakyat yang menentukan siapa yang akan memimpin.

"Kawasan ini dulu telah dijanjikan diberikan kepada STAR tetapi kita menghormati janji dan demokrasi berhubung kolaburasi antara UMNO BN pada pilihan raya lepas," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera GRS di Pensiangan pada Jumaat.



Sementara itu, dalam program berasingan di Kota Kinabalu, Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berpandangan mendapatkan hak-hak Sabah adalah lebih penting berbanding tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Beliau yang turut bersetuju dengan pandangan rakan politik yang lain bagaimanapun berkata, pihaknya mengalu-alukan tawaran itu.

"Itu kita mengalu-alukan kalau dijadikan kenyataan tetapi seperti mana yang rakan-rakan lain cakap mesti ada peranan bukan hanya atas nama.
Artikel Berkaitan:


"Ada juga yang menyatakan jawatan tidak penting, yang penting kita dapat kembalikan hak-hak kita. (Bagi saya) mendapat hak lebih penting," katanya.