Altimet tolak jadi calon, mahu kutip pengalaman dulu

Altimet
Altimet
A
A
A


AMPANG - Penyanyi rap, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali Altimet yang juga Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang menolak untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Jelas beliau, keputusan itu dibuat kerana masih belum bersedia untuk menggalas cabaran besar tersebut.

"Masih banyak yang perlu saya belajar dan kutip lebih banyak pengalaman lagi, jadi saya tolak dahulu," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Jumaat.



Beliau ditemui pada Majlis Pengumuman Calon PKR yang berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di Taman Kosas dekat sini.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 2,500 orang itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail diumumkan sebagai calon bagi Parlimen Ampang, sekali gus bakal berdepan dengan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin.
Artikel Berkaitan:


Dalam pada itu, Altimet berkata, beliau akan membantu parti bagi memenangi pilihan raya tersebut.