Suami isteri, bayi maut kemalangan

Keadaan Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan dua buah kenderaan di Kilometer 216, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) Simpang Ampat di Alor Gajah, pada Jumaat.
Keadaan Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan dua buah kenderaan di Kilometer 216, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) Simpang Ampat di Alor Gajah, pada Jumaat.
A
A
A
ALOR GAJAH - [KEMAS KINI] Hasrat tiga beranak termasuk bayi berusia setahun untuk bercuti ke Port Dickson, Negeri Sembilan tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di di Kilometer 216, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) Simpang Ampat di sini, pada Jumaat.

Kemalangan kira-kira jam 11 pagi itu mengakibatkan pasangan suami isteri di hospital pakar swasta di Johor Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28, Zubaidah Abd Rajak, 28, dan anaknya Muhammad Rizqi Muhammad Nazrul Syafiq meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa yang menaiki kereta Honda Jazz dalam perjalanan dari rumah mereka di Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian sebuah lori jenis Isuzu sedang berhenti di lorong paling kanan dan pemandunya berusia 43 tahun sedang meletakkan kon bagi menjalankan kerja pembaikan pembahagi jalan tengah.

Bagaimanapun katanya, mangsa yang berada dari arah belakang kenderaan berat itu gagal menggelak dan melanggar lori terbabit.

No Image Caption



"Akibat pelanggaran itu ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian.

"Manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan bagi siasatan lanjut," katanya.

Tambahnya, mayat ketiga-tiga mangsa telah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga.

Artikel Berkaitan:


Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987," katanya lagi.

Kemalangan maut itu turut menyebabkan aliran trafik sesak lebih lima kilometer.