KPM hasrat jadikan DBP setaraf institut bahasa negara maju

Teo Nie Ching
Teo Nie Ching
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pusat rujukan bahasa Melayu setaraf dengan institut bahasa lain yang dimiliki negara maju dalam tempoh lima tahun, kata Timbalan Menterinya Teo Nie Ching.

"Terdapat juga usaha untuk menjadikan DBP setaraf British Council (di United Kingdom), Goethe Institute (Jerman) dan Nippon Institute (Jepun).

"Bahasa kebangsaan akan diperkasakan di peringkat rantau ASEAN dan di persada dunia,” katanya ketika merasmikan Sidang ke-58 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), di sini, hari ini.

Teo berkata pihaknya akan melipatgandakan usaha bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dunia selain menyeru agar semua pihak memainkan peranan dengan memantapkan penguasaan bahasa kebangsaan.

"Ciri dan sifat bahasa Melayu yang fleksibel, menjadi satu ciri bahasa ilmu yang relevan dengan peredaran zaman sekali gus menjadi kekuatan untuk bahasa kita berkembang dengan bahasa-bahasa lain di dunia," katanya.

Sidang ke-58 MABBIM anjuran DBP berlangsung selama enam hari yang akan berakhir pada 13 April ini bertemakan 'Bahasa Melayu/Indonesia sebagai Bahasa Utama Dunia'.

MABBBIM adalah majlis yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu dan Indonesia, dianggotai oleh tiga negara iaitu Brunei, Indonesia dan Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: