[VIDEO] Shafee bersyukur, gembira dibebaskan semua pertuduhan

Mohamad Shafee ketika bercakap kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.
Mohamad Shafee ketika bercakap kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, jelas gembira dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya dari semua empat pertuduhan terhadap dirinya pada Jumaat.

Beliau yang ditemui di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejurus selesai prosiding kes pengubahan wang RM9.5 juta menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pasukan pembelaannya.

"Saya rasa anda semua telah mendengar keputusan Hakim pagi tadi dan pada pendapat saya sebab utama pembebasan saya daripada kesemua empat pertuduhan adalah kerana hujah yang kukuh daripada pasukan pembelaan.

"Hujah berkenaan amat utuh dan original malah sesuatu yang baharu dalam undang-undang khususnya membabitkan AMLA (pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram)," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini pada Jumaat.

Muhammad Shafee berkata, beliau amat berterima kasih kepada pasukan pembelaannya yang telah membuat kajian terperinci dan menghasilkan hujah-hujah yang jitu sehingga meyakinkan mahkamah untuk membebaskan dirinya daripada semua pertuduhan.

Pada Jumaat Sinar Harian melaporkan, Mohammad Shafee, 70, dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan membuat penyata pendapatan tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammad Shafee.

Artikel Berkaitan: